Anda ingin ke gym tetapi tidak ada masa atau anda malas nak bersesak dengan orang ramai? Jangan risau anda hanya perlukan tangga dan sepasang kasut. Ikuti pelan senaman ini untuk anda tidak ada alasan untuk meninggalkan senaman anda. Anda hanya perlu meluangkan sekita 15 minit sahaja. Lakukan setiap senaman dengan 3-5 sets. Jika anda ingin membakar kalori dengan lebih cepat kurangkan masa rehat anda sehingga 20-60 saat sahaja.
Stair run
- Lakukan larian keatas atau menurun sebanyak 3-5 sets
Stair squat hop
- Anda harus berdiri dalam kedudukan squat dan lompat dari satu tangga ke satu tangga.
- Semasa mendarat pastikan posisi squat anda berada betul-betul di bawah supaya merasa sedikit tekanan di bahagian peha.
Stair side step
- Berdiri dalam keadaan separuh squat dengan kaki kanan menghadap tangga.
- Langkah menaik dengan kaki kanan dan diikuti kaki kiri tetapi pastikan anda berada dalam kedudukan separuh squat iaitu kaki yang sedikit bengkok.
stair glute raise
https://youtu.be/g_zaW0KSKKk
- Berdiri sedikit lebar dan mulakan langkah dengan kaki kanan.
- Semasa kaki kanan menapak, naikkan kaki kiri ke belakang dan tahan sesaat atau dua saat.
- Sambung dengan kaki kiri pula sehingga tiba di tangga atas.
stair push ups
- Seperti push ups biasa, lakukan 5-10 reps pada 3-5 sets.
stair crawl
- Untuk latihan ini, anda memerlukan sedikit keberanian. Mula di tangga atas sekali.
- Merangkak turun ke bawah.
- Bahu dan abs anda akan mendapat tekanan yang hebat dengan senaman ini.
Entri Oleh: Fakhrul Islam
#deegymsupplement