Core bukan sahaja bermaksud sixpack, tetapi melibatkan otot-otot di sekeliling abs. Ia adalah struktur yang mengukuhkan postur badan anda. Tanpa core yang kuat, ini akan mengganggu latihan dan kehidupan seharian.
Pasti anda pernah melihat, orang bersenam di gym dengan form yang buruk terutamanya dalam senaman deadlift. Badannya melengkung habis! Kemudian, pasti anda juga terdengar kes-kes slip disc dalam kalangan gymmers. Tidak lupa juga, pemandangan gym yang penuh dengan orang yang pakai tali pinggang.
Ini semua ada kaitannya dengan core. Bagi yang form buruk, ini adalah kerana mereka tidak mengaktifkan otot core dengan betul. Biasanya, orang yang terlalu bergantung harap pada tali pinggang akan mengalami masalah ini. Mereka tidak reti untuk mengerjakan core mereka secara sendiri.
Kecederaan juga berlaku tatkala core tidak aktif dengan baik menyebabkan tiada pengukuhan pada struktur badan. Sebab itu, anda sangat memerlukan kekuatan core. Lagi-lagi kalau anda nak main berat, tali pinggang tidak menyelamatkan anda, form yang baik dan core yang kuat itu penting.
3 masa yang anda boleh guna untuk lakukan latihan core:
1- Sebelum Memulakan Senaman
Anda boleh lakukan senaman untuk core semasa anda baru masuk ke gym. Anggapkan ia sebagai sesi pemanasan badan sebelum berganjak kepada senaman utama.
2- Sebagai Senaman Pengaktif
Semua senaman ada variasi yang bermacam-macam. Bench press, lunges, overhead press, anda kena cari sahaja. Lakukan 1-2 set variasi senaman tersebut yang melebihkan otot core untuk mengaktifkannya.
3- Selepas Bersenam
Latihan core boleh dilakukan sebagai penghabisan di mana ia tidak akan mengganggu prestasi latihan senaman yang lain. Anda boleh lakukan secara intense.
Dalam semua hal ini kecuali yang ketiga, anda tidak perlu gunakan bebanan terlalu berat anda dilakukan secara intensiti tinggi. Cukup sekadar untuk mengaktifkan otot core anda bagi senaman utama.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)