Senaman bench press adalah senaman yang mensasarkan otot dada. Bench press boleh dilakukan dengan menggunakan barbell ataupun dumbbell. Ada juga yang menggunakan mesin Smith ataupun mesin khas untuk pressing seperti Hammerstrength Chest Press.
Dalam hal bench press menggunakan barbell, ramai yang melakukan kesilapan di mana mereka turunkan barbell secara lurus ke bawah sehingga ke paras atas dada.
Bagaimanakah cara yang betul?
Anda sebenarnya bukan kena turun lurus, tetapi turun ke hadapan sikit sehingga menyentuh bahagian sternum iaitu tulang di tengah-tengah dada. Ini akan menjaga sendi bahu dan juga mengaktifkan keseluruhan gentian otot dada.
Bench press sesuai dilakukan pada awal latihan dada ketika anda masih bertenaga penuh. Ia juga adalah keutamaan dalam fasa bulking untuk membina otot. Bench press adalah senaman kompaun yang patut dilakukan secara berat untuk membina kekuatan dan saiz otot.