Anda biasa buat senaman chest press menggunakan dumbbell? Ataupun, buat chest fly dengan dumbbell? Siapa yang biasa buat akan paham situasi ini di mana ramai akan merapatkan (atau melanggarkan) dumbbell apabila sudah ditolak ke atas. Akan ada bunyi “klink” besi berlanggar besi. Adakah ini cara betul?

 

Lihat gambar ini:

 

Aiman Radzi - Tip Bina Chest Dengan Dumbbell

Dalam kawasan biru, otot anda berkerja secara maksimum. Menghampiri tengah dan tangan lurus, otot dada mula untuk kurang berkerja. Tekanan akan mula berada pada sendi bahu dan siku. Kalau ia tidak kena pada otot yang anda ingin latih, maksudnya sia-sia sahajalah apa yang dibuat.

 

Melanggarkan dumbbell di atas ibarat rest yang anda tidak layak dapat. Untuk bina otot, anda kena tahan tekanan pada otot yang sangat menyeksakan. Kalau anda tidak mampu tahan seksaan ini (atau mencari jalan untuk tipu-tipu), mungkin bina badan bukan untuk anda.

 

Selepas ini apabila anda melatih otot dada dengan dumbbell, jangan terus rapatkan dumbbell di atas, jangan langgarkan dumbbell, jangan bagi ada bunyi “klink”. Sebaliknya, kekalkan tekanan pada otot anda dalam kawasan biru tersebut.

 

Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)