Larry Scott adalah anak murid Vince Gironda, dan kedua-dua nama ini adalah nama yang legend dalam dunia bina badan. Menariknya, mereka berdua selalu mencuba sesuatu yang baru untuk memaksimumkan hypertrophy otot. Padanlah physique mereka betul-betul mantap!
Tip yang kita boleh ambil daripada Larry Scott ialah jenis latihannya yang memfokuskan pada ketumpatan latihan. Maksudnya, Larry Scott berlatih dengan cara menggunakan bebanan yang tinggi dengan masa rehat antara set yang singkat. Ini akan betul-betul memberikan tekanan metabolik pada otot anda, sekali gus merangsang hypertrophy dengan baik.
Sama sahaja dengan konsep bina badan yang asas di mana anda berusaha untuk “meletihkan” otot anda supaya otot anda terpaksa membesar untuk menyesuaikan diri dengan stimulasi latihan anda. Lagi tinggi tekanan otot, lagi besar dan padat otot anda jadi.
Kluster Set
Siapa yang ikuti Admin secara personal (Aiman Radzi) akan tahu yang Admin selalu bermain dengan cabaran 100 rep. Dalam cabaran itu, anda kena guna bebanan yang berat dan habiskan 100 rep tidak kira berapa banyak set anda kena guna. Bagi Admin, ia sesuai dilakukan mengikut rentak 5 rep x 20 set. Ini sebenarnya menggunakan konsep set kluster, tetapi ini sudah dikira seperti mega set kluster sebab banyak rep! Anda akan tahu penangannya kalau anda dah cuba cabaran tersebut.
Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)