Mempunyai sepasang tangan yang memukau biasanya adalah misi yang mempunyai prioriti tertinggi dalam kebanyakan penggemar dunia besi, tak kira bina badan, powerlifting, strongman, crossfit, dan lain-lain. Malah, yang tak workout pun kadang-kadang pasang niat nak tangan besar, sampai sanggup inject synthol nak bagi nampak besar.

 

Salah seorang lagenda yang mempunyai tangan yang cukup mantap bernama Sergio Olivia. Apa yang menyebabkan tangannya nampak lain daripada yang lain? Cuba anda Google gambar-gambar dan beritahu saya sendiri apa yang anda nampak pada physique-nya? Bagi Admin (dan ramai yang bersetuju), beliau mempunyai forearm yang sangat padu, menjadikan physqiue beliau lagi “garang”!

 

Permulaan Olivia

Dahulunya, Sergio Olivia merupakan atlit angkat berat. Kalau anda masih belum perasan, atlit-atlit angkat berat bertaraf professional secara semula jadinya memiliki upper back dan forearm yang mantap. Sebab apa? Mereka banyak melakukan gerakan explosive seperti clean, high pull, deadlift, dan macam-macam lagi.

 

Menggunakan sejarah Sergio Olivia untuk kelebihan kita sekarang, apa yang kita boleh manfaatkan ialah untuk mula belajar dan melebihkan latihan explosive ke dalam rutin bina badan kita. Mungkin senaman untuk angkat berat (clean and press, jerk, snatch) susah nak diajar, jadi apa kata anda cuba senaman-senaman yang diamalkan atlit strongman? Mereka sangat mementingkan daya letup (explosiveness) dan jika anda juga mementingkan benda yang sama, tengok sahaja otot-otot anda “meletup” akibat terlalu besar nanti!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)