Tip FST-7: Latihan Back

Siri Tip FST-7 kali ini bersambung dengan tip untuk latihan back! Kalau anda belum baca tip-tip bahagian lain sebelum ini, Admin cadangkan anda baca yang itu dahulu. Boleh klik mana-mana link di bawah:

  1. Tip FST-7: Latihan Biceps
  2. Tip FST-7: Latihan Triceps
  3. Tip FST-7: Latihan Dada
  4. Tip FST-7: Latihan Bahu

 

Macam mana anda nak tingkatkan keberkesanan latihan back dengan program latihan FST-7? Admin kongsikan lagi tip untuk bahagian tersebut!

 

Latihan Back

Apabila anda nak buat superset untuk latihan back, anda kena superset pergerakan yang berbeza. Kan, back boleh latih dengan tarik daripada atas seperti pull down atau pull up, tarik daripada depan seperti cable row dan barbell row. Jadi, anda kena supersetkan dua pergerakan ini, tarik dari atas dan tarik dari depan.

Wide-Grip_Lat_Pulldown

Seated_Low_Cable_Row

Cara anda tarik juga akan berikan kesan berbeza. Kalau tarik tinggi sikit, anda fokus pada bahagian atas. Kalau tarik rendah, anda akan fokus bahagian bawah back. Grip anda pun akan memberikan kesan berlainan seperti underhand dan overhand.

 

Tip lain, jangan genggam kuat-kuat sangat sebab nanti biceps dan forearm anda akan ambil alih. Back tak aktif sangat. Pegang biasa-biasa sahaja dan fokus pada otot back apabila menarik. Yang penting, anda kena kepit tulang belikat belakang anda.

 

Untuk tingkatkan intensiti latihan, anda kena tahan 1-2 saat apabila tarik bebanan. Jangan repping laju-laju. Apabila dah nak sampai failure, buat partial rep atau tarik separuh sahaja pun boleh. Paksa otot anda untuk berkerja habis-habisan.  Waktu turunkan bebanan, turunkan perlahan-lahan sahaja.

phillip-heath-bodybuilder-wallpaper-2

Kalau posing pula, anda kena practise buat lat spread (tengok gambar) dan tahan posing tersebut dalam 5-10 saat. Posing yang dilakukan adalah front lat spread dan back lat spread.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook