Sebelum kawan-kawan semua baca part ini, Admin nak korang tengok juga part-part sebelum yang ini. Pastikan anda ikuti semua part dalam siri Tip FST-7!

  1. Tip FST-7: Latihan Biceps
  2. Tip FST-7: Latihan Triceps
  3. Tip FST-7: Latihan Dada

 

Apa lagi yang Admin nak share bagi pengguna program latihan FST-7? Jom kita tengok tip bagi latihan bahu pula yang patut diamalkan semasa latihan FST-7.

 

Latihan Bahu

FST-7 adalah program yang sesuai diaplikasikan bersama senaman superset. Dalam hal latihan bahu, anda digalakkan untuk buat superset bahu menggunakan variasi-variasi berbeza, seperti superset lateral raise dengan front raise.

seated-dumbbell-lateral-raise-2-2

dumbbell-front-raise

Untuk lateral raise, jangan angkat bebanan melebihi paras bahu. Sebabnya, apabila angkat lebih tinggi, otot trapezius anda akan aktif. Kita nak fokus pada otot bahu sahaja. Tip otot trapezius adalah dalam part lain!

 

Ini satu tip unik untuk digunakan. Pernah dengar tentang static hold? Sebagai contoh, kalau ada buat lateral raise menggunakan dumbbell, angkat kedua-dua belah tangan tetapi turunkan sebelah sahaja. Yang sebelah, biarkan tergantung, sebelah lagi buat repping lateral raise macam biasa.

the-seven-biggest-lateral-raise-mistakes-6-700xh

Bagi lateral raise juga, anda tidak perlu luruskan habis-habis tangan, tetapi bukan juga bengkokkan sangat. Tengok gambar untuk fahamkan. Kalau front raise pula, cuba buat front raise guna tali dekat mesin kabel.

RonVsMarkus

 

Jangan lupa untuk posing antara superset. Posing yang sesuai adalah most muscular dan side chest!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)