Tip FST-7: Latihan Biceps

Siri Tip FST-7 adalah berkaitan latihan FST-7 yang dicipta oleh Hany “The Pro Creator” Rhambod, jurulatih kepada champion Phil Heath. Siapa yang belum cuba latihan ini, anda kena kaji dan cuba! Sebabnya, ia memang berkesan untuk me

mbesarkan otot.

 

Kalau nak Admin buat post tentang latihan tersebut, rutin-rutinnya, dan cara program tersebut dikendalikan, tinggalkan komen anda dalam ruangn komen!

 

Sekarang, Admin nak sharekan tentang tip-tip yang boleh digunakan (ikut bahagian badan) bagi mereka yang dah tahu dan sedang atau hendak mula melakukan latiha tersebut.

 

Latihan Biceps

Guna senaman yang boleh superset tetapi berbeza pada cara pegang beban atau posisi siku. Anda boleh ubah daripada pegang cara biasa kepada pegang cara hammer, superset dumbbell dan mesin, macam-macam lagi. Kuncinya, buat superset yang berbeza darjah untuk otot biceps.

 

Jangan angkat terlalu berat! Ramai buat kesilapan ini di mana mereka angkat terlalu berat, menjadikan bukan otot biceps mereka yang berkerja, tetapi otot bahu pula yang aktif.

 

Lagi, apabila buat latihan biceps, anda boleh bina otot biceps anda bagi jadi lebih membulat dengan cara memusingkan tapak tangan apabila mengangkat beban. Ini boleh dilakukan apabila anda berlatih menggunakan dumbbell.

 

Untuk tambahkan intensiti latihan, tahan beban di atas (maksudnya kuncupkan habis otot biceps anda) selama 1-2 saat setiap rep, lebih-lebih lagi semasa di hujung-hujung set waktu biceps anda rasa macam nak terbakar!

 

Apabila dah nak habis set dan anda tak boleh buat strict form, buat partial rep (angkat separuh) untuk tambahkan lagi isipadu latihan kepada otot biceps tersebut.

 

Buat posing biceps antara superset dan tahan posing tersebut untuk 5-10 saat. Buat front dan back double biceps! Kenapa? Sebab anda nak paksa darah masuk ke dalam otot dan juga melatih ketahanan otot.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook

2 thoughts on “Tip FST-7: Latihan Biceps”

Comments are closed.