Dua siri sebelum ini, Admin harap pembaca semua boleh ikuti kesemua bahagian siri ini! Terima kasih juga pada mereka yang memberikan komen penambahbaikan seperti memerlukan gambar dalam entri-entri tersebut.

  1. Tip FST-7: Latihan Biceps
  2. Tip FST-7: Latihan Triceps

 

Sekarang, kita masuk ke bahagian yang agak disukai ramai iaitu latihan dada! Kalau anda guna tip latihan FST-7 ini semasa latihan dada, tunggulah masa untuk meletupkan otot dada anda. Kembang menjadi-jadi nanti!

 

Latihan Dada

Ada dua pergerakan utama untuk latihan dada, iaitu pressing dan juga fly. Pereka program ini menyarankan untuk menggabungkan senaman pressing dan juga fly (buat superset). Yang mudah adalah buat cable fly dan superset dengan boyweight dip.

cablee dipsbenchdips

Pergerakan senaman tidak boleh laju-laju. Fokus pada regangan otot, dan turunkan beban perlahan-lahan. Kawal bebanan yang ada guna. Paling penting, jangan gunakan momentum dalam senaman-senaman ini.

 

Apabila buat fly, untuk fokus pada bahagian dada bawah, anda kena tegakkan sedikit badan dan setup mesin kabel dalam posisi tinggi. Tetapi, tukar-tukar posisi kabel tersebut untuk melatih kesemua bahagian otot dada.

 

Lagi satu, buka tapak tangan waktu buat fly untuk mengucupkan otot dada secara maksimum. Tak perlu genggam tempat pemegang kabel tersebut. Sangkutkan pemegang pada tapak tangan sahaja tanpa menggenggam.

Olympia 2010 -Top 4 side chest

Di masa rehat antara set, anda kena buat posing seperti side chest. Tengok gambar untuk rujukan. Kenapa anda kena posing? Ia adalah untuk menambahkan kemasukan darah dalam otot tersebut. Tahan dalam posing tersebut selama 5-10 saat sebelum memulakan set semula.