Tip FST-7: Latihan Trapezius

Ini adalah entri terakhir untuk siri Tip FST-7. Jika anda ingin membaca bahagian-bahagian sebelum ini, anda boleh klik sahaja pautan di bawah:

  1. Tip FST-7: Latihan Biceps
  2. Tip FST-7: Latihan Triceps
  3. Tip FST-7: Latihan Dada
  4. Tip FST-7: Latihan Bahu
  5. Tip FST-7: Latihan Back

 

Untuk yang terakhir, Admin akan berkongi tentang tip latihan trapezius yang boleh anda guna bersama progra latihan Hany Rhambod iaitu FST-7. Champion-champion Olympia guna program ini tau!

 

Latihan Trapezius

Istimewa sikit dengan latihan untuk otot trapezius, anda tak perlu lakukan superset bagi bahagian ini. Gunakan sahaja mana-mana mesin bersesuaian atau ambil dumbbell dan kerjakan trapezius anda!

BARBELl-SHRUG-3

Untuk timbulkan otot trap dan jadikan ia kelihatan lebih 3D, tunduk sahaja ke hadapan sikit. Sambung buat senaman trapezius anda dalam posisi ini. Cara sebegitu akan kerjakan bahagian lower trapezius.

shrugs

Paling penting sekali, jangan pusingkan bahu ke hadapan dan ke belakang, macam buat pusingan roda. Itu adalah kesalahan yang ramai tak tahu dalam senaman trapezius. Sebenarnya, anda kena buat shrugging secara lurus. Atas dan ke bawah sahaja. Tak ada buat bahu terpusing-pusing macam roda tu! Apabila anda naikkan bahu lurus ke atas, tahan 5 saat sebentar sebelum turun dan repping lagi.

 

Jangan guna terlalu berat sangat. Ramai ingat sebab pergerakan dia kecil, boleh guna berat-berat. Akhirnya, yang bergerak bukan otot trapezius, tetapi leher yang ke hadapan. Ini adalah salah, sebenarnya. Gunakan satu beban dan buat 10-15 rep. Tak perlu tambah berat pun tak apa, tahan kat atas lagi lama daripada biasa. Di hujung-hujung set, buat lagi partial rep dan tahan selama mana yang mampu untuk rep terakhir.

RonVsMarkus

Bagi posing pula, anda kena buat most muscular. Buat posing ini setiap kali habis set, dan tahan posing tersebut di hadapan cermin untuk 5-10 saat. Belajar cara posing yang betul!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook