Sambungan kepada siri Tip FST-7, sekarang kita akan tengok pula tip yang anda boleh buat dalam latihan triceps bagi mereka yang menggunakan program latihan FST-7.

 

Harap bertenang, nanti Admin sharekan secara full apa itu FST -7. Dan, ada juga yang minta Admin masukka sekali gambar dalam entri siri ini (walaupun rasanya tak ada yang perlukan gambar). Admin cuba ya!

 

Latihan Triceps

Menggunakan konsep yang sama, anda digalakkan untuk buat superset dengan variasi senaman untuk triceps yang berbeza-beza. Bagi Hany Rhambod, beliau suka supersetkan diamond push-up dengan overhead rope extension.

The-Diamond-Position

Cable_Rope_Overhead_Triceps_Extension

Untuk diamond push-up, pastikan tangan anda rapat untuk memaksimumkan tekanan pada otot triceps. Bagi overhead rope extension, apabila mencapai failure, buat lagi partial rep iaitu angkat separuh sahaja. Ini memang akan beri stimulasi yang tinggi dan bagus untuk bina otot!

 

Apabila anda buat overhead rope extension, tolak jari kelinking anda ke luar untuk aktifkan lagi bahagian luar otot triceps anda yang menampakkan ekor triceps. Dah penat, luruskan tangan macam biasa dan buat partial rep sahaja.

 

Kalau untuk biceps, tip dia anda patut buat posing antara superset, triceps pula tip dia tak perlu posing. Tetapi, biarkan tangan anda tergantung ke atas. Maksudya, halakan tapakk tangan anda ke langit. Dah hujung-hujung latihan, baru buat posing triceps.