Semua nak arm besar, ada shape, and kuat. Ramai dah cuba macam-macam tapi ada yang belum berjaya. Beberapa tips yang anda boleh cuba:

1- Fokus pada long head of bicep untuk dapatkan ilusi bicep membukit! Antara senaman untuk ini adalah Close Grip Bicep Curl menggunakan samada EZ Barbell atau Barbell biasa.

2- Short head of bicep memberi impak mass pada tangan anda. Beri fokus pada part ini dengan Wide Grip Bicep Curl. Dumbbell juga boleh digunakan untuk lebih isolation.

3- Brachialis adalah satu muscle di bawah lapisan otot bicep. Melatih otot ini mampu membesarkan saiz tangan anda. Senaman yang berkenaan adalah jenis senaman yang tapak tangan menghadap bawah, seperti Reverse Barbell Curl.

4- Hammer Curl adalah terbaik melatih grip strength dan otot Brachioradialis anda yang bersambung dari tulang humerus ke tulang lengan anda. Train juga dengan Deadlift kerana gip yang kuat adalah tangan yang hebat!

5- Tricep mewakili 2/3 daripada saiz tangan anda. Mereka yang nak besarkan tangan harus memberi tekanan pada otot tricep. Antara latihan yang terbaik adalah Close Grip Bench Press, Overhead Press, dan Dip. Gunakan variasi latihan cable untuk hit semua head tricep secara isolation.