Siapa yang tak mahu biceps lebih tinggi supaya nampak lebih mantap pada bahagian tangan. Kalau anda ada matlamat dan impian yang sama, anda kena guna tip ini semasa buat senaman SPIDER CURL!
Apa dia senaman SPIDER CURL? Ia sama seperti senaman biceps lain, tetapi anda baring apda kerusi yang dicondongkan. Tengok gambar untuk panduan.
Tip semudah ABC yang saya maksudkan adalah untuk menolak siku ke hadapan dan melakukan biceps curl dengan posisi tersebut sebagai posisi permulaan. Tengok gambar lagi untuk rujukan.
Kenapa tolak siku ke hadapan? Ada perbezaankah dengan yang siku lurus ke bawah?
Ya, ada! Otot biceps anda bukan sahaja membengkokkan siku tetapi turut membawa siku anda ke hadapan sedikit. Pergerakan ini dinamakan SHOULDER FLEXION. Dengan mengekalkan posisi permulaan melalui siku di hadapan sedikit, anda mengaktifkan lagi bahagian biceps yang memberikan ilusi meninggi!
Cuba amalkan SPIDER CURL dengan teknik ini sebanyak 8-12 rep menggunakan beban sederhana sebanyak 4 set. Gerenti tangan anda akan terbakar!