Otot latissimus dorsi (nama manjanya lats) adalah otot di bahagian belakang, turut dikenali sebagai sayap anda. Bahagian ini penting dalam pergerakan bahu, lantas untuk melatih otot ini, anda disarankan untuk melakukan senaman-senaman seperti pull up mahupun pull down.

 

Tetapi, ada yang bertanya kepada Admin, apa beza cara pegang lebar dan rapat? Macam mana pula dengan tapak tangan menghadap ke hadapan ataupun ke belakang? Apakah perbezaannya?

 

Banyak kajian dah dibuat untuk mengesahkan hal ini, dan rata-rata memberikan jawapan yang sama. Cuma, bagaimana pula dengan pull up dengan menarik ke hadapan dan menarik ke belakang leher? Betulkah ia tidak selamat?

 

Behind-The-Neck

Secara amnya, jarang sekali orang tercedera melakukan behind-the-neck pull down mahupun press, tetapi ini tidak menjadikan senaman itu prioriti. Dan, senaman tersebut memang tak menccederakan orang semasa senaman, tetapi kerosakan yang anda kumpul semasa melakukan senaman itu, dari sehari ke sehari, akan membawa anda kepada kecederaan pada hari yang lain.

 

Tip Aktifkan Lats

Tanpa membuang masa, Admin terus kongsikan tip-tip untuk aktifkan otot lats anda semasa bersenam. Menurut kajian-kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, mereka membandingkan posisi begini:

  1. Kelebaran grip
  2. Cara grip
  3. Cara tarik

 

Apabila ketiga-tiga pembolehubah ini divariasikan, maka mereka mendapati yang untuk mengaktifkan otot lats secara maksimum adalah melalui:

  1. Menggunakan grip pronated (menghalakan tapak tangan ke hadapan)
  2. Menarik ke bahagian dada (bukan gunakan teknik behind-the-neck)
  3. Gunakan kelebaran grip yang selesa untuk anda (kelebaran tak bawa banyak perubahan)

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)