Tip Untuk Naikkan Otot Dengan Lebih Berkesan

Satu tip mudah Admin nak kongsikan dengan mereka yang susah nak rasa otot mereka berkerja semasa bersenam. Pernah dengar terma “mind-muscle connection”? Otai-otai bina badan banyak menekankan hal ini, di mana anda kena rasa otot anda berkerja semasa senaman yang anda lakukan.

Apabila mind-muscle connection anda mantap, maka setiap gentian otot anda akan berkerja dengan lebih kuat. Sesiapa yang ada masalah dengan ini sering berhadapan dengan masalah badan tak naik dengan sekata. Contohnya, but bench press untuk chest tapi triceps banyak naik. Buat rowing untuk back, tapi biceps yang rasa banyak.

Untuk menangani masalah ini, tip paling mudah untuk diamalkan adalah dengan melakukan senaman isolation dahulu di awal-awal latihan di gym. Lakukan senaman isolation untuk otot yang anda hendak latih pada hari itu. Buat sekadar untuk panaskan otot dan rasa kembang sedikit. Ini akan meningkatkan fokus anda pada pergerakan otot itu semasa senaman utama nanti.

Senaman isolation, tak kira menggunakan freeweight ataupun mesin, akan mengisolasikan pergerakan otot. Kalau dalam senaman kompaun, anda menggunakan banyak otot dalam satu masa. Senaman isolation pula terbalik kerana ia memfokuskan otot tertentu. Admin cadangkan anda guna mesin untuk lebih fokus pada satu-satu otot jika anda mengalami masalah susah nak rasa otot berkerja.

Senarai senaman yang boleh dilakukan mengikut bahagian otot:

  1. Dada: Pec deck
  2. Belakang: Shrug, straight-arm pulldown
  3. Bahu: Front raise, lateral raise, rear fly
  4. Kaki: Leg extension, leg curl, hip extension

Jangan lupa untuk dapatkan pelbagai lagi info kecergasan di Dee Gym Supplement!

Komen Facebook