Tak semua orang sukakan squat, tapi ramai yang sekarang dah sedar dengan kepentingan squat dalam bina badan. Ada yang buat secara high reps, ada yang buat secara berat-berat. Yang penting, mereka squat! Sini, kita ada beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk cantikkan squat anda.
1- Bar Placement
Tempat anda letak barbell akan mempengaruhi cara anda squat. Ada orang letak secara high bar, iaitu di atas trapezius. Dan, ada yang letak secara low bar, di bahagian rear deltoid. Secara amnya, low bar adalah lebih mudah untuk dilakukan (dari segi angkat berat).
2- Front/Back Squat
Kalau anda buat back, anda kena pilih nak buat low bar atau high bar. Kalau anda nak buat front squat pula, anda tak perlu pikir pasal kedudukan barbell. Bagi Admin, siapa nak belajar squat, sesuai mulakan dengan front squat sebab ia adalah senaman yang “mengajar” diri sendiri form yang betul.
3- Kelebaran Kaki
Tengok pula anda nak buka kaki lebar atau tidak. Semakin lebar anda buka, semakin kurang pergerakan dan ini memudahkan angkatan berat, tetapi memerlukan kekuatan adductor yang baik. Kalau bukaan kaki anda kecil, anda boleh fokus pada bahagian otot quadriceps, dan memang padu untuk tumbesaran otot.
4- Bongkok/Tegak
Posisi badan bongkok ke depan ataupun tegak bergantung pada kedudukan barbell dan juga mobiliti. Biasnya, semakin rendah barbell anda, semakin bongkok ke depan. Tetapi, ini memerlukan kepada kemahiran teknikal. Selagi mana anda turun dan kekalkan barbell dalam satu garisan lurus di bahagian tengah-tengah tapak kaki, form anda boleh jadi betul.
Squat boleh diubah-ubah mengikut sasaran anda. Fokus untuk cuba angkat lebih berat, dan kalau boleh cuba dapatkan bebanan squat melebihi 2 kali ganda berat badan anda sebagai 1RM.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)