Tip Untuk Workout Yang Berkesan Bawah 1 Jam

Bukan semua orang boleh workout lama-lama. Ada yang sibuk berkerja dan ada yang ada anak bini di rumah. Jadi, mereka perlu cari jalan untuk workout dengan cepat tapi masih berkesan!

 

Ya lah, nak tinggal workout rasa rugi pula sebab dah bayar. Tak workout nanti badan lemau. Jadi, apa kata anda guna tip ini!

 

Kurangkan Masa Rehat

Ini adalah cara yang paling mudah untuk mempercepatkan masa workout. Ramai yang rehat terlalu lama antara set menyebabkan masa untuk mereka workout menjadi panjang. Punca rehat menjadi lama kebiasaannya adalah bermain telefon bimbit. Letak telefon anda seketika dan fokus pada workout.

 

Jangan Ada Terlalu Ramai Partner Workout

Antara sebab masa mekap anda menjadi lama ialah anda berlatih secara terlalu ramai. Jadinya, anda terpaksa tunggu giliran dan ini sangat memakan masa.

 

Seeloknya, cukup ada seorang sahaja workout partner. Kalau anda boleh workout seorang pun lagi bagus, tetapi jangan pula sampai tak berkawan.

 

Amalkan Superset

Superset sangat menjimatkan masa kerana anda menggabungkan senaman untuk dilakukan secara berulang. Bukan sahaja superset, dropset, giant set, triset, dan macam-macam jenis set lagi turut boleh diamalkan.

 

Lebihkan Latihan Kompaun

Untuk memastikan latihan anda berkesan, intensiti latihan anda haruslah tinggi. Sehubungan dengan itu, apa yang anda boleh lakukan adalah mengamalkan banyak gerakan kompaun secara freeweight.

 

Maksudnya, lebihkan penggunaan barbell, dumbbell, kettlebell, tayar, dan lain-lain berbanding penggunaan mesin. Senaman freeweight mencabar daya tahan dan keseimbangan badan, menjadikan intensiti mereka lebih susah.

 

Betulkan Mindset

Anda datang ke gym adalah untuk berlatih, bukan untuk berehat-rehat ataupun mencari awek baru. Jadi, pastikan anda betul-betul berlatih!

 

Cabar diri anda, sentiasa tambah intensiti, jangan sambil lewa. Kalau anda nak bersenang-senang dengan workout, duduk di rumah sahaja.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook