Student pun nak juga buat badan! Masa muda lah ada masa untuk pergi ke gym. Nanti dah lama, mana ada masa lagi.
Tapi, masalah yang dihadapi ramai student, adalah kesusahan untuk melaburkan duit. Mana nak dapat duit beli banyak-banyak supplement! Makanan clean pun bukan senang nak beli, lagilah masak.
Jom saya kongsikan beberapa tip untuk student guna pakai semasa bulking:
1- Beli dan makan banyak roti. Kalau mampu, setengah buku sehari. Kalau tidak, habiskan sebuku roti dalam 3 hari, bukannya seminggu! Selalu student beli roti tapi tahan lama sangat, sebab malas makan.
2- Dapatkan peanut butter yang murah. Dekat pasaraya biasa mungkin susah cari. Cuba tengok di kedai-kedai yang jual bahan buat kek. Ada macam-macam jenis sapuan, peanut butter, jem strawberry, blueberry, dan macam-macam lagi! Fokus pada peanut butter dahulu.
3- Kalau anda boleh masak nasi di tempat asrama, maka sentiasa masak nasi sendiri. Anda boleh jimat beberapa ringgit daripada beli nasi putih di luar selalu.
4- Cuba laburkan kepada satu steam cooker bertingkat. Ini adalah keputusan saya yang paling memuaskan hati! Mudah untuk memasak, banyak jimat, dan boleh bulking secara clean dengan sangat mudah.
5- Tak ada peti ais untuk simpan ayam, daging, sayur, dan lain-lain? Kena rajinkan juga pergi pasaraya setiap hari beli. Kalau tinggal di kampung, boleh kawtim dengan restoran tempatan, pinjam peti ais kalau boleh.
6- Beli supplement jika ada duit lebih sahaja, dan cari yang ekonomi seperti Superior Mass daripada Superior14! Jangan terlalu berjimat dengan penggunaannya, nanti badan tak jadi menyesal pula.
7- Kurangkan makan luar, dan kurangkan makan makanan segera. Ini adalah pengorbanan yang anda perlu buat untuk membina badan sebagai seorang student.
Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)