Untuk bina muscle chest dengan lebih cepat dan berkesan, anda kena pastikan anda guna intensiti yang betul dengan frekuensi yang kerap. Tapi, itu tidak menjadi masalah sangat kepada orang ramai kerana memang ramai suka buat chest secara kerap.

 

Jadi, saya nak kongsikan satu tips yang cukup simple untuk anda amalkan bagi meningkatkan lagi rangsangan hypertrophy otot dada anda tanpa menggunakan apa-apa teknik yang rumit. Amalkan selalu cara ini dan anda akan lihat kenaikan otot dada yang pantas.

 

Tahu mesin pec deck? Biasa gunakannya? Kalau anda belum gunakannya lagi, amalkannya dari sekarang. Kalau anda memang dah biasa gunakan, itu satu langkah yang bagus. Sekarang, apa yang anda kena buat ialah amalkan isometric menggunakan mesin tersebut.

 

Isometric ialah senaman yang tidak bergerak. Anda hanya mengeraskan otot anda pada satu posisi tanpa melakukan pergerakan seperti senaman biasa. Contoh senaman isometric yang lain ialah seperti plank dan squat hold. Kali ini, anda akan buat isometric menggunakan pec deck.

 

Anda akan tarik mesin tersebut dan tahan di hadapan muka anda. Berapa lama nak tahan dalam posisi ini? Tahan untuk 20 saat untuk beberapa set. Sekurang-kurangnya, lakukan 5 set dan lakukan teknik ini selepas anda dah habis semua senaman chest yang lain.

 

Buat teknik ini setiap hari meskipun anda tak berlatih chest pada hari tersebut. Untuk setiap 3 hari, tambahkan 5 saat kepada durasi isometric anda. Maksudnya, daripada 20 saat, jadikan 25 saat pada hari ketiga. Kemudian, jadikan 30 saat pada hari keenam. Hari ketujuh anda boleh rehat, dan nanti ulang semula dengan sambung sahaja durasi. Berlatih sampai anda naik kepada 60 saat.

 

Rehat antara set ialah 60 saat sahaja. Jangan gunakan yang ringan sangat. Sebaliknya, guna bebanan yang rasa susah untuk tahan 20 saat dahulu. Apabila dah jadi mudah sikit, baru tambah bebanan. Ingat, anda nak latih sampai 60 saat. Apabila sampai 60 saat nanti, cuba sasarkan 100 saat pula. Waktu itu, dada anda akan kembang lain macam!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)