Tips Latihan Untuk Bina Otot Bagi Orang Baru

Anda orang baru dengan latihan bina badan? Kita semua pernah jadi orang baru, mustahil masuk-masuk terus jadi sado, kuat, dan tahu nak buat apa. Jadi, kenapa anda nak segan? Admin nak berikan 3 tips untuk anda amalkan dan ingat;

 

1- Jangan Main 1RM

1RM bermaksud 1-rep maksimum. Dengan kata lain, anda mencari bebanan yang anda hanya boleh buat 1 rep sahaja. Ini bermaksud sangat berat untuk kita. Memang anda kena tahu 1RM anda, tapi bukan sekarang. Sebaliknya, sekarang fokus pada senaman dan latihan biasa sahaja. Fokus untuk jadi lebih kuat.

 

2- Jangan Tukar-tukar Program

Ini satu lagi Admin selalu nampak orang buat, iaitu mereka tukar-tukar jenis latihan mengikut “idola” mereka. Kalau seminggu ini mereka buat satu jenis latihan tetapi tak rasa membesar, minggu hadapan mereka tanya “idola” lain dan buat latihan mereka pula. Baru seminggu dah main lompat-lompat. Cuba tanya idola anda main berapa lama?

 

3- Jangan Tinggal Latihan Kaki

Mempunyai kaki yang kuat adalah penting untuk bina otot. Ia menterjemahkan kebaikannya dalam senaman bench press, rowing, dan juga senaman abs. Lagi penting kalau anda tak perasan, hari-hari anda gunakan kaki untuk menampung berat badan anda, kenapa anda tak mahu kuatkannya? Sebab orang tak nampak, berbeza dengan bahagian atas? Percaya cakap Admin, kalau kaki anda besar, orang akan tahu anda main gym dan kuat.

 

Entri: Aiman Radzi

Komen Facebook