Ramai yang minta cara-cara untuk maintain otot dalam bulan Ramadhan. Nah, saya share beberapa teknik yang boleh anda guna!
1. Latihan berat (banyak set – sikit rep)
Latihan yang anda kena fokus adalah latihan kompaun. Antaranya ialah squat, bench press, deadlift, barbell row, dan overhead press. Jangan tinggal mana-mana senaman ini!
Gunakan berat yang anda boleh buat 3-5 rep, dan buat 5-6 set. Anda boleh habis dalam sejam sahaja. Rehat 1 minit antara set.
Latihan berat akan paksa otot anda untuk bertahan dan tidak akan terurai berbanding latihan ringan.
2. Latihan bodyweight
Kalau tak dapat pergi ke gym, tiada masalah. Anda boleh lakukan latihan bodyweight seperti push-up, pull-up, dan bodyweight squat.
Gabungkan dengan variasi explosive seperti clap push up dan jumping squat untuk beri rangsangan cukup kepada otot.
Jika boleh, pakai beg berisi buku untuk dijadikan beban. Buat 10 rep, rehat 45-60 saat, dan ulang dalam 10 set sehari.
3. Pemakanan kena betul
Waktu bulan biasa, anda boleh adjust pemakanan sepanjang hari. Untuk puasa, anda ada masa singkat untuk susun pemakanan.
Waktu sahur, makan yang tinggi karbohidrat dan minum protein anda. Whey Core (Superior14) memang bagus digunakan dalam bulan puasa.
Bergantung pada waktu latihan (samada sebelum atau selepas berbuka), dapatkan karbohidrat secukupnya bersama protein.
Kalau anda rasa masih tak cukup makan, cuba ambil separuh serving Superior Mass selepas berbuka dan selepas tarawikh.
Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)