Admin tergerak hati nak menulis tentang status natural dan latihan yang patut dilakukan kalau anda nak kekal natural. Sebabnya, ada yang kata hari itu yang anda tak perlu main berat-berat.
Sebelum apa-apa, fahamkan yang berat adalah subjektif. Berat bagi seseorang mungkin ringan bagi orang lain. Jadi, main ikut bebanan yang berat bagi anda.
Sebagai seorang yang natural, latihan anda akan berpaksi banyak kepada latihan kekuatan untuk menjadi semakin besar dan besar. Anda tak boleh kekal dengan main ringan sahaja untuk bina badan secara natural. Bukan sahaja ia lambat, tetapi anda juga menghadkan kebolehan anda untuk membesar.
Yang pakai barang tambahan seperti steroid boleh main berat juga, tapi dia main ringan pun akan membesar. Sebab apa? Steroid memang berkesan macam ajaib. Kalau anda jaga makan dan workout, memang akan menjadi (pada kos macam-macam jenis kesan sampingan pada kesihatan).
Natural harus berlatih untuk jadi makin kuat. Perjalanan untuk angkat makin berat akan membuatkan otot anda jadi semakin besar. Sebenarnya, nak besar tak susah. Yang susah, nak kekalkan saiz otot yang besar semasa cutting. Sebab itu, ramai yang pakai barang untuk cutting supaya jisim otot mereka kekal.
Jadi, terpulang kepada anda. Nak besar secara natural, anda kena makan banyak dan berlatih berat-berat supaya jadi kuat. Nak besar sambil cutting, itu dah lain cerita. Cuba guna Superior Mass atau Iso Pro Zero untuk supplement termantap daripada Superior 14!
Jika anda inginkan lebih banyak informasi bina badan, ikuti https://deegymsupplement.com supaya anda tidak ketinggalan lagi.