Siapa sahaja yang tak sukakan latihan biceps? Hampir semua lelaki nakkan biceps yang besar. Oleh itu, Admin nak kongsikan teknik paling mudah anda boleh amalkan untuk besarkan biceps!

Teknik 21 adalah satu teknik lama yang telah digunakan ahli bina badan untuk pam biceps mereka. Kerana tekanan metaboliknya yang tinggi, ia adalah perangsang hypertrophy yang sangat baik.

Caranya, anda perlukan sebatang barbell dengan bebanan yang sesuai untuk dilakukan sebanyak 21 rep. Pecahkan 21 rep kepada 3 bahagian, menjadikan satu bahagian sebanyak 7 rep.

7 rep pertama, anda akan lakukan biceps curl secara separuh (naikkan separuh sampai paras siku). 7 rep seterusnya, daripada posisi separuh, naikkan sampai habis. Dan, 7 rep terakhir, lakukan secara gerakan penuh menjadikan semuanya 21 rep. Maka, siaplah 1 set. Ulang lagi sekurang-kurangnya 3 set dengan rehat selama 30-45 saat antara set.

Gunakan USN Hyperbolic Mass untuk bantu anda naikkan berat secara berkualiti dengan membina otot dan meminimumkan kenaikan lemak!