Triset adalah sejenis set yang mrngandungi tiga jenis senaman dilakukan secara berterusan. Selesai ketiga-tiga senaman, barulah anda akan berehat dan ia dikira sebagai 1 set.
Bagi yang tidak tahu, bahu kita mempunyai 3 bahagian, iaitu anterior deltoid (depan), lateral deltoid (tepi), dan posterior deltoid (belakang). Oleh itu, ia mengambil masa lama kalau anda nak fokus pada semua satu persatu.
Triset ini menggunakan 3 jenis senaman untuk melatih ketiga-tiga bahagian otot tersebut. Pilih salah satu daripada kombo ini, kerana ada yang senaman kompaun sahaja, ada yang isolation sahaja, dan ada gabungan. Jumlah rep bergantung pada program anda.
Kombo A (Kompaun Sahaja)
1. Shoulder press
2. Upright row
3. Face pull
Kombo B (Isolation Sahaja)
1. Front raise
2. Lateral raise
3. Reverse fly
Kombo C (Gabungan)
1. Shoulder press
2. Lateral raise
3. Face pull
Gunakan Superior Mass untuk mempercepatkan tumbesaran otot anda. Dapatkannya daripada Dee Gym Supplement, sekarang!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)