Baru baru ini viral 1 artikel daripada sebuah laman sesawang berkaitan perkongsian rahsia bagaimana individu ini berjaya menurunkan 40 kilogram dalam masa 5 bulan. Pertama sekali, Admin nak ucapkan tahniah kepada individu tersebut kerana berjaya transformasikan diri daripada obes kepada kurus. Tetapi, masih ada benda yang perlu ditekankan oleh Admin.
Pertama sekali, turun dengan begitu mendadak bukanlah matlamat yang sihat. Ya, mereka yang gemuk sangat mudah untuk turunkan berat badan dalam beberapa bulan yang pertama tetapi ini tidak bermakna semua orang patut melakukannya. Yang terlampau obes mungkin boleh mencapai matlamat ini, cuma patutkah anda mengamalkannya?
Penurunan mendadak turut membawa maksud kepada penurunan jisim otot. Untuk beberapa minggu yang pertama, penurunan berat yang banyak boleh dikatakan cliché dalam dunia kecergasan. Kenapa? Masa ini, badan baru mengenali stimulasi latihan dan apa-apa sahaja yang anda lakukan, sangat mudah untuk mendapatkan hasilnya. Ada orang memanggilnya sebagai noob gains. Tetapi, kesan ini tidak bertahan lama. Apabila badan kita semakin biasa dengan stimulasi latihan, maka makin susahlah untuk mendapatkan hasil yang sama dalam durasi yang sama.
Kemudian, sekadar tip bolehlah dipertimbangkan tetapi untuk mengikut 100% seperti nilai kalori, makro nutrisi, intensiti dan isipadu latihan, ia tidak sesuai kerana semua orang adalah berbeza. Komposisi badan orang berlainan, kondisi badan juga berlainan, nama pun lain-lain, kenapa nak ikut bulat-bulat? Oleh itu, anda sepatutnya dapatkan khidmat assessment daripada yang bertauliah untuk memberikan anda program latihan yang sesuai dengan diri anda.
Penurunan mendadak biasanya dilakukan oleh mereka yang ingin memenangi sebarang pertandingan yang menawarkan hadiah yang tinggi jika anda berjaya turunkan berat badan paling banyak. Jika anda tidak menyertai sebarang pertandingan seperti itu, maka kenapa terburu-buru? Bak kata pepatah seorang fisioterapi yang Admin pernah ikuti, “Kenapa anda tergesa-gesa membakar lemak sedangkan anda begitu sabar menternaknya?”. Sekian.
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)