Ubah Persepsi Anda Tentang Fat Loss

 

Kalau anda seprang peminat dunia fitness, pasti anda pernah dengar berkaitan workout-workout terbaru, teknik-teknik diet itu dan ini, supplement pelbagai jenis, latihan dan pertandingan macam-macam. Ini adalah normal trend dalam dunia fitness yang makin pesat membangun. Ramai dah mula ambil berat dengan tahap kesihatan mereka.

Dalam banyak-banyak benda yang dihebahkan, kita dilebatkan lagi dengan hujahan-hujahan berkata teknik ini terbaik, minuman ini mantap, supplement ini ajaib, dan pelbagai lagi. Untuk betul-betul tahu, memang kita kena cuba. Tetapi, untuk betul-betul dapat hasil, ia tidak bergantung pada bahan-bahan “hebat” ini semata-mata.

Kita perlu lihat juga pada masa dulu dan masa sekarang. Dulu, tak banyak teknik-teknik ajaib ini diperiklankan pada orang umum. Tidak kiralah ia untuk bina otot atau untuk bakar lemak dan turunkan berat badan. Orang dulu mempunyai tabiat yang berbeza dengan kita, menyebabkan latihan dan diet mereka jauh lebih efisien daripada kita yang hanya berharap pada perubahan ajaib dengan usaha minima.

Anda kena pandang usaha fitness anda dalam konteks “sihat vs. menjadi”. Anda tak mahu usaha anda menjadi semata-mata tanpa memikirkan kesannya pada kesihatan anda. Ya, makan itu dan ini (supplement ajaib), jogging 2-3 jam sehari, memang boleh turunkan berat badan. Hatta, ada yang turun 20-30kg dalam 3-4 bulan sahaja (mungkin lebih). Anda nak ikut seperti itu dan jadi Orang Kurus Segera.

Apa-apa sahaja yang segera boleh mendatangkan kesan yang sangat negatif pada kita. Satunya, anda boleh mengalami kehilangan integriti tisu organ dan tulang. Kedua, metabolism anda merundum dengan jayanya. Dan ketiga, kulit londeh.

Kalau kita pandang kepada dunia bina badan pula, apa yang menyegerakan proses bina otot? Steroid. Betul, guna steroid memand masih perlukan usaha, tetapi ia dipercepatkan. Dan kesannya ada banyak pada kesihatan. Anda sanggup dapat cepat dan abaikan keselamatan anda?

Apa yang anda kena ambil daripada entri kali ini ialah aspek prioriti. Adakah berbaloi anda risikokan kesihatan anda dengan teknik-teknik ajaib semata-mata untuk mendapatkan badan yang sementara? Gunakan pendekatan yang lebih selamat dan utamakan keseimbangan.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook