Ubah Satu Ini Untuk Jadi Lebih Kurus

Nak turunkan berat badan sebenarnya mudah sahaja. Ada tak perlukan jawapan yang kompleks pun. Ubah satu sahaja dalam hidup anda. Apa dia? Gaya hidup.

Ramai sekarang yang menjadi gemuk kerana gaya hidup mereka yang tidak aktif. Bangun pagi pergi ke kerja, sampai tempat kerja duduk dan buat kerja, habis kerja pulang ke rumah dari kerja, tidur, dan ulang semuanya keesokan hari. Ini bertambah teruk apabila kerja anda hanya menghadap komputer sahaja. Kita namakan ini sebagai sedentary lifestyle.

Kehidupan sedantari seperti ini mengurangkan kadar metabolisma badan kita. Untuk meningkatkan metabolisma badan, kita perlulah menjadi lebih aktif. Apabila badan kita menjadi lebih aktif dan bermetabolisma tinggi, maka lebih senang untuk anda bakar lemak, dan jadi lebih kurus.

Sekarang, misi anda adalah untuk meningkatkan pergerakan badan. Jika anda boleh berjalan kaki atau berbasikal ke mana-mana, maka elakkan menggunakan motor dan kereta. Jika anda boleh menaiki tangga, elakkan daripada menggunakan lift dan eskalator. Jika syarikat anda menganjurkan program kesihatan, jangan pula tak turut serta.

Kunci di sini ialah untuk meningkatkan pergerakan aktiviti fizikal anda. Tak kisah apa anda lakukan, menjadi lebih aktif adalah langkah pertama dalam memiliki badan yang lebih sihat dan kurus.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook