Sit & Reach Test seringkali digunakan bagi mengukur tahap kelenturan pinggang dan hamstring. Oleh sebab pinggang dan hamstring yang ketat seringkali dikaitkan dengan kesakitan dan kekakuan otot, ujian ini boleh menganggarkan risiko kesakitan dan kecederaan di masa akan datang. Sejak berdekad lamanya, ahli fisiologi dan pelatih kecergasan juga telah menggunakan ujian ini bagi menentukan garis asas kelenturan sebelum memulakan program senaman yang baru. Walau bagaimanapun, ujian kelenturan yang terkini sedang dibangunkan, dan ramai juga pelatih kecergasan dan physio yang menggunakan versi masing-masing untuk menguji kelenturan klien. Namun, tidak salah sekiranya anda menggunakan Sit & Reach Test untuk menilai tahap kelenturan secara umumnya.
Prosedur:
- Untuk ujian ini, anda memerlukan kotak khas sebagai alat pengukurnya. Tetapi, anda boleh buat kotak sendiri.
-Cari sebuah kotak yang berketinggian 30 cm.
-Lekatkan meter ruler di atasnya.
-Pastikan 26 cm terlujur keluar di hujung kotak.
-1 cm berada di depan sekali.
- Buka kasut, duduk dan lunjurkan kaki ke hadapan. Kaki harus menyentuh permukaan kotak.
- Perlahan-lahan membongkok sejauh yang boleh. Pastikan lutut sentiasa lurus.
- Rekodkan ukuran dan ulangi ujian ini sebanyak tiga kali.
- Purata kiraan adalah skor akhir anda.
Taksiran skor ujian:
Lelaki dewasa (ukuran dalam cm)
>34 = Excellent
28-34 = Above Average
23-27 = Average
16-22 = Below Average
<16 = Poor
Wanita dewasa (ukuran dalam cm)
>37 = Excellent
23-36 = Above Average
29-32 = Average
23-28 = Below Average
<23 = Poor
Entri: Tini Lorna Lim