Ujian Kekuatan Dan Stabiliti Otot

Terdapat pelbagai jenis senaman dan corak pergerakan yang sedia ada untuk membina kekuatan otot teras (core muscles) tetapi, bagaimana caranya untuk menilai kemajuan anda? Brian Mackenzie, jurulatih sukan senior (Level 4) dari British Athletics, United Kingdom’s National Governing body For Track & Field Athletics, telah mencipta satu ujian yang dinamakan sebagai Core Muscle Strength and Stability Test. Ujian ini akan menentukan tahap kekuatan otot teras yang terkini dan menilai kemajuan anda dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF UJIAN

Tujuan penilaian ini ialah untuk mengawasi perkembangan dan kemajuan kekuatan dan daya ketahanan teras dari semasa ke semasa. Ujian ini memerlukan;

  • Exercise mat.

  • Jam tangan, jam randik atau apa sahaja bentuk mobile apps untuk mengukur masa.

  • Permukaan yang rata.

PROSEDUR UJIAN

  1. Sentiasa perhatikan masa dan letakkan jam di tempat yang mudah dilihat.

  2. Mulakan dengan posisi elbow plank. Pastikan torso dalam keadaan tegak, jangan terlalu bongkok atau lembikkan badan bagi mengelakkan sakit belakang. Letakkan seluruh berat badan ke lengan dan jari kaki. Tahan posisi ini selama 60 saat.

  3. Angkat tangan kanan ke hadapan. Tahan selama 15 saat.

  4. Turunkan tangan kanan. Angkat tangan kiri pula. Tahan selama 15 saat.

  5. Turunkan tangan kiri. Angkat kaki kanan dan tahan selama 15 saat.

  6. Turunkan kaki kanan. Angkat kaki kiri dan tahan selama 15 saat.

  7. Kemudian, angkat kaki kiri dan tangan kanan. Tahan selama 15 saat.

  8. Angkat kaki kanan dan tangan kiri. Tahan selama 15 saat.

  9. Akhir sekali, kembali ke posisi elbow plank dan tahan selama 30 saat.

PENILAIAN UJIAN

Ujian ini tidak mempunyai sistem pemarkahan yang khusus dan keputusannya akan dibahagikan kepada;

  • Good Core Strength – Berjaya melengkapkan ujian tersebut.

  • Poor Core Strength – Tidak berjaya melengkapkan ujian dan kekuatan otot teras masih perlu diperbaiki lagi. Ulangi rutin ini 3-4 kali seminggu sehingga berjaya.

Otot teras yang lemah akan menghasilkan pergerakan torso yang tidak diperlukan dan akhirnya menghabiskan lebih banyak tenaga. Otot teras yang kuat pula membolehkan seseorang bergerak dengan kecekapan yang tinggi.

Penjelasan yang lebih terperinci mengenai prosedur ini boleh dirujuk terus di laman web rasmi Brian Mackenzie.

Entri: Tini Lorna Lim

Komen Facebook