Saya yakin semua individu yang mengidamkan dan mendapatkan six pack, akan merasai kesusahan dan kepayahan membinanya. Hasilnya, ramai yang skip latihan abs dan memfokuskan bahagian-bahagian lain yang lebih mudah terbentuk. Saya akan kongsikan cara untuk anda upgradekan latihan abs anda yang sebelum ini mungkin anda tersilap dan tidak tahu bagaimana ia terbentuk dengan mudah.

Point utama yang saya ingin tekankan di sini adalah berkaitan “Negative Range Of Motion”. Otot pada abs ini memerlukan pengembangan dan penarikan yang maksima bukan sekadar merenggangkan ia. Dengan kata lain anda harus memecahkan otot itu sendiri. Pergerakan yang sedikit hanya meregangkan otot tetapi pergerakan yang penuh memecahkan dan meluaskan kawasan tekanan terhadap otot anda.

Saya akan berikan beberapa contoh pergerakan yang kecil atau minimum range of motion. Contoh yang pertama adalah crunch dengan cable machine. Senaman ini sangat bagus kerana memberi tekanan pada abs anda, namun ianya hanya melibatkan pergerakan yang kecil iaitu anda hanya menggerakkan kepala ke peha yang mungkin hanya melibatkan pada sudut 60 darjah. Contoh lain, adalah Plank. Plank juga hanyalah senaman yang merenggangkan sahaja otot anda tanpa ada pergerakan negatif. Contoh lain Leg raises atas lantai yang juga menggerakkan kaki ke keatas. Pergerakan ini sangat minima untuk anda memecahkan bahagian otot anda.

Cukup dengan contoh, sekarang saya akan memberikan senaman yang akan upgrade keberkesanan dari senama-senaman tadi. Yang pertama adalah Decline Sit-up. Jika anda perhatikan senaman ini ia akan menggunakan pergerakan yang sangat maksimum di mana anda bergerak pada sudut 180 darjah. Dan ini sangat bagus kerana otot anda akan lebih luas pergerakannya dan otot anda mudah untuk dipecahkan. Contoh kedua adalah crunches di atas stability ball. Bila anda melakuka di atas stability ball ini, badan anda akan lebih melentur kebelakang yang membuatkan anda dapat melakukan full range of motion. Begitu juga dengan leg raises yang dilakukan tergantung berbanding berbaring, Dengan cara tergantung ia akan lebih mengoyakkan bahagian otot anda dan ini memudahkan abs anda untuk timbul.