Banyak penyakit-penyakit seperti (diabetes, penyakit kardiovaskular dan kanser telah dikaitkan dengan tidak mendapat cukup vitamin D. Walaupun kekurangan vitamin D yang ringan, walaupun tidak mengancam nyawa, ianya boleh menyebabkan sakit, dan kelesuan.

Apa yang ditekankan di sini adalah pengambilan vitamin D yang mencukupi membawa banyak kelebihan untuk atlet dan orang ramai.

Adakah suplemen vitamin D mempengaruhi kekuatan anda? Dan jika ya, berapa banyak?

Kajian Sains mengatakana ya. Senuah penyelidikan menyatakan bahawa pengambilan vitamin D setiap hari dengan ketara meningkatkan kekuatan anggota atas dan bawah .

Satu lagi kajian yang menyiasat kesan vitamin D pada kekuatan dalam atlet mendapati kesan positif terhadap kekuatan otot. Harus diingat bahawa tidak semua D adalah sama. Vitamin D2 tidak mempunyai kesan manakala vitamin D3 menunjukkan kesan yang jelas bagi tahap kekuatan, iaitu antara 1.37 hingga 18.75% dalam kajian yang dibuat.

Untuk membina kekuatan, pastinya di gym kita akan menambahkan berat. Tetapi adakah dengan penambahan vitamin D menyumbang kepada prestasi sukan anda?

Dalam kajian UK yang dijalankan pada atlet profesional dan bukan atlet yang sihat, melihatkan peningkatan yang ketara dalam lari pecut 10 meter dan ketinggian lompat.

Dan satu lagi kajian yang dilakukan pada pemain bola sepak kolej mendapati ada hubungan antara kekurangan vitamin D dan ketegangan otot atau kecederaan otot teras. Dari segi kesan positif, vitamin D tidak terhad kepada peningkatan kekuatan, prestasi sukan yang lebih baik, tetapi ia juga pencegahan kepada kecederaan. Tahap vitamin D berkait dengan jangkitan atas jangkitan saluran pernafasan atas. Sekiranya anda rendah dengan D ini, risiko untuk selesema akan meningkat. Pada skala yang lebih besar, ini boleh memberi kesan yang tidak menentu kepada prestasi atlet. Ini kerana selesema ini boleh merebak, di mana jika seorang sudah kena pastinya satu pasukan berisiko untuk mengalaminya juga.

Berapa banyak yang anda perlu ambil?

Mungkin lebih daripada yang anda fikirkan. Menurut Lembaga Makanan dan Pemakanan, 0.05 mg adalah tahap pengambilan  yang boleh diterima untuk harian yang selamat. Walau bagaimanapun, ini mungkin lebih rendah daripada yang dibenarkan. Malah, 0.25g telah dianggap selamat juga. Anda boleh dapati juga selain tablet, dengan mendapatkan keperluan vitamin ini pada makanan tertentu seperti salmon, sardin, telur kuning, cendawan dan oatmeal juga. jika anda inginkan prestasi dan kekuatan anda meningkat amalkan dan lengkapilah badan anda dengan vitamin ini.

Entri Oleh: Fakhrul Islam