Wajib Baca Tips Ini Untuk Cutting

Nak jadi lean bukanlah perkara mudah. Ia perlukan disiplin, dedikasi, dan juga pengorbanan. Anda kena berlatih secara bijak, berkesan, dan bersungguh-sungguh. Tapi itulah, ramai yang kekurangan disiplin untuk fasa ini (tetapi bulking laju pula).

Lebih penting lagi, cutting bermain dengan cara anda makan. Latihan memberikan kesan besar, tetapi pemakanan adalah faktor yang paling besar dalam proses ini. Tak bermaksud cutting anda kena berpantang daripada memakan segala makanan. Sebab itu anda kena bijak!

Gunakan tip-tip ini untuk mempercantikkan lagi proses cutting anda!

MAKAN PROTEIN SETIAP 4 JAM

Untuk memastikan anda dapat bekalan protein yang mencukupi, anda digalakkan untuk mengambil protein (samada daripada makanan mahupun daripada supplement) setiap 4 jam. Cantik lagi kalau anda dapat 30g protein setiap masa tersebut (dalam seketul dada ayam besar atau satu scoop suku protein). Protein yang terbaik untuk anda gunakan semasa fasa cutting ialah Iso Pro Zero daripada Superior14.

JADIKAN SAYURAN KAWAN BAIK ANDA

Kenapa anda kena makan sayur? Sebabnya, ia mengenyangkan dan rendah kalori. Dua benda anda kena jaga semasa proses cutting, iaitu nafsu makan dan juga kalori. Sekali terlajak ikut nafsu, mudah betul untuk terus tersasar. Sebab itu anda kena jaga disiplin betul-betul! Sayur-sayuran menjaga kedua-dua benda ini dengan baik. Susah nak gemuk meskipun anda terlebih makan sayur!

MAKAN MAKANAN KARBOHIDRAT SELEPAS WORKOUT

Betul, anda kena kurangkan kabohidrat tetapi bukan sampai tak makan langsung. Karbohidrat seperti nasi, roti, dan makanan berkanji lain sesuai dimakan selepas workout untuk memulihkan semula tenaga yang hilang semasa anda workout tadi. Anda cuma perlu kawal kuantiti sahaja. Ingat, karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan anda dan ia diperlukan untuk proses metabolisma badan.

MINUM LEBIH BANYAK AIR

Tidak salah untuk minum air lebih semasa cutting. Ia bukan sekadar menjaga kesihatan badan, malah membantu anda untuk membendung nafsu makan. Tahu atau tidak, kalau anda minum air yang disejukkan, anda akan bakar lebih banyak kalori daripada meminum air kosong sahaja? Dan, semakin banyak air yang masuk, semakin banyak juga air yang akan keluar. Lagi cepatlah anda boleh turunkan berat lemak!

JANGAN LUPA BCAA

Kalau anda kena pilih satu supplement untuk diambil semasa cutting, Admin cadangkan anda ambil BCAA. Komponen BCAA mewakili 35% daripada komposisi otot kita. Mereka membantu untuk memulihkan sel otot dan mengurangkan penguraian otot semasa cutting. Minum BCAA secara kerap seharian. Apa kata anda gunakan BCAA + Glutamine daripada Superior14?

Komen Facebook