Admin mendapat soalan daripada pembaca yang bertanya perihal pemakanan di mana beliau mendengar nasihat supaya makan 6-8 kali sehari untuk membina badan. Jadi, bealiau khuatir tidak dapat melakukannya kerana alasan-alasan tertentu.

Adakah mustahil untuk membina badan jika anda makan kurang daripada 6-8 kali sehari? Tidak sama sekali! Ada masih boleh bina badan meskipun ada makan kurang daripada 3 kali sehari.

Konsep pemakanan yang kerap adalah untuk menggalakkan pengambilan kalori yang tinggi. Bukan semua orang boleh makan banyak dalam satu masa. Lantas, wujudnya konsep pemakanan 6-8 kali sehari. Lagipun, bukanlah maksudnya kena makan makanan yang besar-besar. Rutin pemakanan kerap begini adalah termasuk sekali snek-snek ringan.

Jika anda tidak mampu makan 6-8 kali sehari, tiada masalah. Yang penting anda cukupkan keperluan kalori harian anda. Mungkin ada kena makan lebih sikit lah dalam satu-satu masa makan.

Ada yang bagi alasan makan kerap akan meningkatkan metabolisma badan. Ya, tetapi bukankah begitu signifikan kesannya. Admin pernah membincangkan perihal ini sebelum ini.

Jika anda berasa susah untuk cukupkan kalori kerana kurang masa untuk makan, Jangan lupa untuk gunakan USN Hyperbolic Mass gH untuk membantu anda mencapai matlamat bina badan.