Mesti anda sudah selalu nampak dan dengar kisah-kisah atlit bina badan yang memakan banyak telur mentah dalam sehari bagi membekalkan mereka dengan protein untuk membina badan. Dah macam minum air kosong pula tengok mereka menelan telur mentah. Adakah anda perlu lakukan yang sama?
Telur mentah sangat berisiko dengan jangkitan kuman seperti salmonella. Memakan secara separuh masak juga tidak digalakkan kerana risiko kuman tersebut masih hidup tetap ada. Rebus sahaja atau goreng sepenuhnya.
Kemudian, timbullah persoalan samada perlukah anda mengambil telur dalam kuantiti yang banyak seperti mereka juga? Ada yang boleh menghabiskan satu papan telur satu hari. Patutkah anda makan seperti mereka makan?
Mereka mengambil dalam kuantiti yang banyak kerana pada mereka memerlukan kuantiti yang banyak. Banyak faktor perlu diambil kira, seperti latihan, komposisi badan, matlamat, dan macam-macam lagi untuk menentukan berapa banyak yang anda perlu makan.
Salah satu sebab lain kenapa mereka mengambil telur dengan banyak ialah untuk memberikan mereka jumlah protein yang mencukupi kerana mungkin mereka sedang kurangkan pengambilan suplemen. Jadi apabila mereka tidak mengambil tapi mereka perlu mencukupkan negeri mereka dengan solid food (telur).
Anda tak wajib ambil sebanyak itu untuk bina badan. Ambil ikut keperluan badan sahaja. Kalau anda ambil supplement seperti Whey Core daripada Superior14 pun memadai!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)