Untuk membina badan, anda perlukan protein. Whey adalah protein dan biasanya jadi pilihan ramai orang kalau nak bulking mahupun cutting. Creatine juga sejenis protein, tetapi bukanlah protein yang membina otot. Fungsi creatine adalah untuk membenarkan otot anda menjana lebih banyak tenaga semasa bersenam. Antara kedua-dua ini, yang manakah lebih penting?

Kalau anda boleh ambil dua-dua, itu lebih baik. Tetapi, jika anda kena pilih salah satu, Admin akan pilih creatine berbanding whey. Sebab apa begitu? Whey hanya mencukupkan protein, dan anda boleh cukupkan sendiri protein melalui pemakanan harian. Kalau anda makan banyak, cukuplah protein.

Jika begitu, makanlah banyak juga untuk cukupkan creatine, bukan? Anda rasa berapa banyak anda kena makan untuk cukupkan dos harian creatine? 2kg daging setiap hari untuk mendapatkan 5g creatine. Admin tak pasti kalau anda memang jenis makan daging 2kg setiap hari, tetapi fikirkan juga risiko lain seperti kandungan lemak dalam 2kg daging setiap hari. Apa akan jadi pada badan anda?

Supplement creatine memudahkan anda untuk mendapatkan dos harian. Creatine mempunyai beberapa kelebihan seperti membekalkan tenaga, meningkatkan kadar penyerapan nutrisi, dan membolehkan anda mengangkat lebih berat untuk memberikan lebih banyak rangsangan hypertrophy. Paling menarik sekali, creatine adalah supplement yang paling murah (berbaloi) mengikut pada kuantiti hidangan dan harganya.

Mana nak dapat creatine? Admin syorkan guna jenis creatine monohydrate daripada Blade Sport. Ia dalam jenis serbuk dan jenis monohydrate adalah jenis yang paling banyak dikaji dan diyakini berkesan. Semuanya boleh didapati daripada Dee Gym Supplement!