Kalau anda yang sedang baca ni sedang diet menghilangkan lemak atau yang sedang shred kan badan anda, anda harus ikuti tips berguna ini.
Artikel kali ini adalah berkaitan tempoh rehat semasa anda melakukan senaman bagi yang bermatlamat ingin membakar lemak dan kalori dengan cepat.
Apabila and dalam matlamat ini, anda harus mensasarkan latihan yang anda buat itu tidak mendapat proses recovery dengan lengkap.
Pernafasan anda pula harus sentiasa kuat dan laju semasa sepanjang tempoh latihan. Ini bermakna jika semasa latihan anda mampu bercakap dengan baik tanpa lelah, latihan anda belum cukup bagus. Jadi, tempoh rehat anda perlu diminimakan walaupun anda melakukan senaman kompaun.
Berapa lama tempoh rehat?
Tempoh ini bergantung kepada tahap keadaan badan anda dan kapasiti latihan anda. Tapi secara konsep mudahnya, anda harus kembali menyambung latihan sebelum anda boleh bernafas dengan normal semula.
Semasa latihan fat loss ini, anda akan mendengar nafas anda sendiri dan kemungkinan anda akan berasa sedikit loya kerana penyingkiran asid laktik.
Jika anda tidak mampu mengagak, rehatlah sekitar 15-60 saat di antara set kerana itulah tempoh minima untuk anda berehat semasa latihan fat-loss ini.
Entri Oleh: Fakhrul Islam
#deegymsupplement