Zumba: Siapa Patut Lakukannya?

Zumba ialah sejenis latihan kardio yang kini mendapat sambutan ramai. Kaedah latihannya yang menarik telah menarik minat ramai. Cuma, bukan semua orang sesuai melakukannya.

Ya, tak semua orang patut mulakan latihan mereka dengan Zumba. Dalam latihan ini, terdapat pergerakan-pergerakan laju dan memerlukan tahap kecergasan tinggi. Seperti sukan, anda kena cergas sebelum melakukan Zumba.

Jika badan anda tidak fit, aebenarnya anda merisikokan diri anda. Satunya, badan anda susah nak melakukan gerakan laju ini. Lantas, kecederaan boleh berlaku. Jantung yang tidak kuat juga boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini.

Oleh itu, sebelum melakukan Zumba, anda perlulah berlatih dahulu dengan latihan lain supaya ketahanan badan anda sesuai dengan latihan Zumba. Lagi satu, anda kena pastikan badan anda mampu melakukan gerakan tersebut dengan baik. Jika otot anda ketat, memaksa mereka melakukan pergerakan tersebut boleh mengundang kecederaan.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook